Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

PERSAHABATAN

  Persahabatan tidak hanya perlu dinilai dari segi kebendaan,rupa dan darjat semata-mata..kerana persahabatan yang sebenar adalah seseorang yang sentiasa membimbing seorang lain ke arah kebaikan..Yang sentiasa mengajak kepada perkara yang baik.(Baik di sisi agama,baru dikatakan baik).Kerana seseorang yang tidak membawa ke arah kebaikan,di akhirat kelak tidak memberi apa-apa faedah pun.. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: الْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۢ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (QS. Az-Zukhruf 43: Ayat 67) * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com Oleh sebab itu,kalau sesuatu perhubungan yang dikatakan sahabat itu,sekadar di ukur sanggup susah senang sama-sama,sanggup untuk bagi duit ketika kita memerlukan masih  belum cukup di kira persahabatan yang benar.Malah itu...

MiNdSeT

  Keinginan manusia memang sentiasa bertambah.Dari segi keselesaan hidup.Dari segi harta(wang mahupun aset).Mahupun dari segi berkembangnya zuriat.Kebanyakan kita telah di'mindset" dari kecil akan perlu nya perkara-perkara yang melibatkan taraf hidup,harta.. "Kena belajar rajin-rajin kalau nak hidup senang" "Kalau kau tak belajar,nanti besar kau nak jadi apa?" "Kalau tak belajar betul-betul,kau nak kerja apa?" "Tak ada kerja,kau nak makan apa?" Dan banyak lagi "mindset-mindset" lain yang telah di setkan untuk kita.Dari generasi datuk nenek kita sampailah sekarang.Dan entah sampai bila perlu ada"mindset" bergini.. Jika kita lihat,semua setting-setting tadi mempunyai tahap yang terhad.Yakni hanya sekadar sampai kita tua.Dan hanya untuk hidup di dunia sahaja.Dari kecik,sekolah,sampai menengah lepas tu siapa-siapa yang sambung belajar ke ipt,belajar lagi.Selepas itu kerja,sehingga jumpa jodoh,kahwin,lepas tu beranak pinak...

CiNtA

  Terlalu mencintai makhluk Mungkin banyak kecewa Kerana jaminan bahagia terlalu sedikit Dan terlalu cinta pada makhluk juga Boleh membuatkan kita lupa  Boleh juga alfa Alfa dan leka daripada hakikat cinta sebenar Yakni kepada Rabb Cinta yang sudah pasti bahagia Yang benar janjiNya CintaNya yang paling setia CintaNya yang paling indah

Berusahalah!!

 Setiap manusia.akan di uji dengan bermacam ujian.Mengikut kadar kemampuan masing-masing.Tiada satu pun yang akan terlepas dari ujian.. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَاعْلَمُوٓا أَنَّمَآ أَمْوٰلُكُمْ وَأَوْلٰدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." (QS. Al-Anfal 8: Ayat 28) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّآ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِى الْأَسْوَاقِ  ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ  ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا "Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian...

TeMaN

  Ku mencari mu Di awan nan biru Oh teman Burung berkicauan Riang bersamaku Oh teman Tapi Di manakah hilang Oh teman Yang hadir Yang bersama Selalu Di dalam tangis Di dalam tawa Hidupku Kau selalu ada untuk ku Tapi kini sepi Tinggal ku sendiri

Cakera keras

  Hari ini saya pergi... Minta diri.. Memori ini kan ku simpan.. Untuk buat kenangan.. Lambat laun.. Nanti pasti kita jumpa.. Tentu banyak cerita.. Mungkin esok.. Aku juga,juga tidak pasti.. Aku kan  tetap menanti.. Mungkin sampai suatu hari... Bersua semula.. Waktu itu saya lupa... Ingatkan saya.. Hadirmu.. Membangkitkan.. Masa silam.. Yang kita.. Lalui...

pErJaLaNaN

Setiap insan tanpa sedar Berada di satu perjalanan yang sama.. Suka atau tidak.. Sedia atau tidak.. Mahu atau tidak.. Bukan menjadi pilihan mereka.. Bukan di dalam kawalan mereka.. Cuma diberi kebenaran untuk berikhtiar.. Tetapi setiap ikhtiar masih di bawah takdirNya Setiap insan pasti mempunyai perjalanan yang sama.. Destinasi yang sama pada hujung jalan nya.. Cuma yang membezakan adalah keadaannya, ketika sampai di penghujung jalan itu Baik kah.. Atau buruk kah.. Duka kah.. Atau bahagia kah.. Dimana tiada lagi perjalanan selepas itu.. Yang ada hanya kekal setelah sampai di destinasi itu..

KeTeTaPaN

  Terkadang,diri ini merasa letih.. Letih yang teramat sangat.. Dek kerana kemahuan diri yang senantiasa berubah.. Dek kerana pendirian yang tiada ketetapan dalam diri ini.. Sekejap itu.. Sekejap ini.. Nak macam ni.. Nak macam itu.. Tanpa dinyatai,apakah kemahuan.. Tanpa di jelasi,apakah kehendak.. Mungkin kerana terlalu melihat jauh di hadapan.. Mungkin juga terlalu tinggi citanya.. Dengan angan ditambah harapan.. Semuanya akan berlaku.. Pasti akan terjadi.. Sekiranya itu..sekiranya ini.. Tanpa diri ini sedari.. Mimpi itu bisa pergi tanpa terjadi.. Mungkin diri ini terlupa.. Dari mula sampai akhir... Sudah ada ketetapan dariNya.. Telah punya qadarnya.. Juga punya masanya.. Sebenar-benarnya... Perancangan & percaturan Nya lah yang terbaik.. Apa yang termampu hanya hadapi dengan tenang.. Terima dengan waras.. Sehinggalah tamat segalanya...

PERJUANGAN

 Selagi mana manusia bernafas... Selagi mana diberi pinjaman qudratNya.. Selagi itulah diberi ujian... Kerana dunia pentas ujian... Tak kira bangsa... Tak kenal pegangan nya.. Beza nya... Tahap ujian... Beza nya... Cara mengatasi ujian... Nak hairan apa susahnya... Nak takut apa kesan nya... Lambat laun ia pasti berlalu... Lambat laun ia pasti pergi... Teruskan melangkah.. Teruskan berlari... Mintalah bantun hanya pada yang Maha Layak... Pohonlah pertolongan kepada yang mencipta ujian... Segala penguraian...segala penyelesaian.. Hanya padaNya...                   "Seorang pejuang tidak akan mudah mengalah"