PERSAHABATAN


 Persahabatan tidak hanya perlu dinilai dari segi kebendaan,rupa dan darjat semata-mata..kerana persahabatan yang sebenar adalah seseorang yang sentiasa membimbing seorang lain ke arah kebaikan..Yang sentiasa mengajak kepada perkara yang baik.(Baik di sisi agama,baru dikatakan baik).Kerana seseorang yang tidak membawa ke arah kebaikan,di akhirat kelak tidak memberi apa-apa faedah pun..

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:


الْأَخِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۢ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."

(QS. Az-Zukhruf 43: Ayat 67)


* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Oleh sebab itu,kalau sesuatu perhubungan yang dikatakan sahabat itu,sekadar di ukur sanggup susah senang sama-sama,sanggup untuk bagi duit ketika kita memerlukan masih  belum cukup di kira persahabatan yang benar.Malah itu hanyalah kebaikan di dunia semata-mata.Ini kerana hanya persahabatan yang berdasarkan iman dan takwa,yang membawa ke syurga baru di kira persahabatan yang benar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jadi siapa-siapa yang menjadi sahabat kita pasti akan memberi kesan kepada kita.Banyak ataupun sedikit kesannya.Sama ada baik ataupun buruk.

Apabila kita berjumpa seseorang yang sentiasa mengingatkan kita kepada ALLAH,yang sentiasa menasihati kita ke arah akhirat,yang berusaha supaya kita menghayati al-quran dan as-sunnah di dalam kehidupan,itulah sahabat yang sebenar.

Contoh yang paling jelas adalah persahabatan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.hum.Yang bersahabat berdasarkan iman dan takwa.Hanya semata-mata untuk meraih redha Allah taala.Dan itu terbukti berjaya sehingga mereka meraih redha Nya.Maka sudah tentu Nabi Muhammad dan para sahabat r.hum yang menjadi ukuran kita untuk menilai kehidupan kita di dunia dalam semua segi termasuk persahabatan.Kerana merekalah yang bersama-sama menyempurnakan syariat ALLAH.

Oleh kerana itu,berusalah untuk mempunyai sahabat-sahabat yang sebenar ataupun semuanya boleh bermula dari diri kita sendiri untuk jadi sahabat yang sebenar.Dengan cara kita belajar,memahami,menghayati dan menyebarkan wahyu(quran dan sunnah) kepada orang lain.Dan pasti kita akan berjumpa sahabat yang sebenar.Begitu juga orang lain akan menemui sahabat yang sebenar sekiranya syariat ALLAH di sebar dan di hayati dalam kehidupan.Walaupun berbagai bangsa,walaupun berbagai latar belakang,tetapi tetap boleh bersahabat dengan baik di dunia seterusnya sehingga di syurga..



#Antara sifat sahabat yang baik adalah : 

1-orang yang menghibur ketika sedih

2-membantu ketika susah

3-mengingatkan ketika lalai

4-mendoakan setelah mati


Ulasan