Berusahalah!!
Setiap manusia.akan di uji dengan bermacam ujian.Mengikut kadar kemampuan masing-masing.Tiada satu pun yang akan terlepas dari ujian..
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَاعْلَمُوٓا أَنَّمَآ أَمْوٰلُكُمْ وَأَوْلٰدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌ
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
(QS. Al-Anfal 8: Ayat 28)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّآ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِى الْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)."
(QS. Al-Furqan 25: Ayat 20)
Maka dengan apa keadaan sekalipun.Ujian tetap mendatangi kita.Tiada siapa pun yang dapat mengelaknya..Maka sentiasalah berusaha untuk melepasi ujian-ujian yang di berikan dengan baik.Dengan cara yang Allah berikan..Dengan jalan yang Allah sediakan.Dan dengan kesabaran yang tinggi.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 45)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَآءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."
(QS. Ar-Rum 30: Ayat 37)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Ingatlah...sesiapa yang berputus asa..maka dia telah ada satu sifat yang tidak baik..Dan berputus asa dari sabar,dari ujian juga merupakan putus asa akan rahmat Allah.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَّحْمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا الضَّآلُّونَ
"Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 56)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Selagi mana bernafas.selagi itulah perlu untuk berusaha.selagi itulah peluang masih ada untuk kita memperbaiki keadaan kita.Jangan di runsing akan ujian-ujian nya.Kerana segala setiap sesuatu adalah milikNya.Termasuklah ujian-ujian atau masalah-masalah yang kita hadapi.Maka mintalah bantuan pertolongan hanya padaNya.Masalah tidak takut kepada kita,tetapi takut kepada pencipta nya..
Walhal kita telah sebut atau baca berkali-kali dalam sehari.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
(QS. Al-Fatihah 1: Ayat 5)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Oleh itu kita di tuntut untuk berdoa kepada Allah,memohon pertolongan dan bantuan dan juga menunaikan hajat kita.
Janganlah kita terlalu cepat beputus asa..sedangkan kita ada Allah yang maha memelihara hamba-hambaNya.Allah jualah yang mengurus dan mentadbir seluruh alam ini..pohonlah apa-apa yang di ingin dan di perlu hanya pada Allah.Allah menuntut kita utk berdoa kepadaNya
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
(QS. Ghafir 40: Ayat 60)
* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com
Semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah azza'wajalla..
Ulasan
Catat Ulasan