MiNdSeT
Keinginan manusia memang sentiasa bertambah.Dari segi keselesaan hidup.Dari segi harta(wang mahupun aset).Mahupun dari segi berkembangnya zuriat.Kebanyakan kita telah di'mindset" dari kecil akan perlu nya perkara-perkara yang melibatkan taraf hidup,harta..
"Kena belajar rajin-rajin kalau nak hidup senang"
"Kalau kau tak belajar,nanti besar kau nak jadi apa?"
"Kalau tak belajar betul-betul,kau nak kerja apa?"
"Tak ada kerja,kau nak makan apa?"
Dan banyak lagi "mindset-mindset" lain yang telah di setkan untuk kita.Dari generasi datuk nenek kita sampailah sekarang.Dan entah sampai bila perlu ada"mindset" bergini..
Jika kita lihat,semua setting-setting tadi mempunyai tahap yang terhad.Yakni hanya sekadar sampai kita tua.Dan hanya untuk hidup di dunia sahaja.Dari kecik,sekolah,sampai menengah lepas tu siapa-siapa yang sambung belajar ke ipt,belajar lagi.Selepas itu kerja,sehingga jumpa jodoh,kahwin,lepas tu beranak pinak,lepas tu jadi tua dan seterusnya?Sudah tentu mati.Lepas tu??.Mungkin jawapan nya mudah dan semua orang yang beragama islam mampu menjawabnya.Persoalan timbul pulak,sejauh manakah kita benar-benar memahami,benar-benar kita meyakini?Kita tahu dari mana?Dengar dari mana?tentang keadaan hidup kali ke-2..Sebanyak mana setting telah di setkan untuk kita..
Ketauhilah,masih tidak banyak setting itu ada pada kita.sebab apa?sebab kita lebih mengejar dan kita rasa lebih memerlukan untuk memenuhi keperluan hidup di dunia.Sebab otak kita telah di setting untuk pentingnya semua itu.Dan itu juga antara sebab mengapa kita meletakkan kepentingan dunia melebihi kepentingan akhirat.Sehingga meletakkan kepentingan akhirat sekadar "cukup makan",dan tidak bersungguh2.Walaupun memang tidak di nafikan kepentingan-kepentingannya,tetapi jangan lah kita menggunakan itu sebagai alasan untuk kita tidak mencapai maksud sebenar hidup dan setting yang benar dan selamat untuk kita.
Jadi Allah mengajar kita cara hidup dan mindset yang betul.yakni dgn memberi agama kepada kita..yaitu agama Islam.Agama Islam bukanlah nak mengajak supaya manusia untuk tidak perlu dunia,bahkan ia mengajar cara hidup yang betul di dunia ini.Pemikiran yang betul.Dari segi adat dan ibadat,pengurusan diri,keluarga,masyarakat dan negara.semuanya cukup lengkap.Dari segi menjaga perhubungan dengan Allah seterusnya hubungan sesama manusia.Dan bermacam peringkat umur,jawatan,dan jantina.Diantara pemerintah dengan rakyat.Dan juga hubungan rakyat sesama rakyat.Setiap orang ada tanggungjawabnya masing-masing.Dan tanggungjawab yang paling utama adalah tanggungjawab kita kepada Allah..Semua itu telah lengkap untuk kita belajar,fahami dan dihayati dalam kehidupan.Islam juga berperanan untuk manusia,supaya manusia terselamat dari kesusahan yang kekal pada hidup kali ke-2 nanti.Dunia ialah tempat persiapan untuk menghadapi alam yang kekal itu.Dan dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita membuat sebanyak2 hasil,dimana akhirat nanti tempat untuk kita menuai hasilnya.Bertanyalah pada diri sendiri..
"Adakah hidup hanya sekadar solat,puasa dan raya?"
"Sejauh mana pemahaman kita terhadap rukun islam dan rukun iman?"
"Adakah hanya nak jadi ustaz,ustazah, ataupun ulama sahaja yang perlu mendalami/memahami agama islam ini?"
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ثُمَّ جَعَلْنٰكَ عَلٰى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
"Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)."
(QS. Al-Jasiyah 45: Ayat 18)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 208)
Sudah tentu cara nak masuk kedalam agama Allah atau cara nak tahu segala hukum2 Allah adalah dengan mempelajarinya..
Ketauhilah,apa keadaan kita sekalipun.Bersedia atau pun tidak,mahu ataupun tidak,suka ataupun tidak.Tetap kita akan berada di alam yag kekal yakni di kehidupan kali ke-2.(akhirat)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)."
(QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 57)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Dan keadaan di alam kekal itu hanya ada 2 tempat iaitu syurga dan neraka.Jika kita membaca dan memahami al-quran maka kita bnyak kali jumpa ayat-ayat tentang ahli syurga dan ahli neraka.2 golongan manusia,manusia yang bahagia dan manusia yang derita.Dan kedua-duanya kekal berada di alam akhirat itu.Bergantung diatas persediaan yang telah dilakukan ketika di dunia ini.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُمْ جَنّٰتٌ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ ۚ ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar."
(QS. Al-Buruj 85: Ayat 11)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِئَايٰتِنَآ أُولٰٓئِكَ أَصْحٰبُ الْجَحِيمِ
"Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 10)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
Ulasan
Catat Ulasan