Keinginan manusia memang sentiasa bertambah.Dari segi keselesaan hidup.Dari segi harta(wang mahupun aset).Mahupun dari segi berkembangnya zuriat.Kebanyakan kita telah di'mindset" dari kecil akan perlu nya perkara-perkara yang melibatkan taraf hidup,harta.. "Kena belajar rajin-rajin kalau nak hidup senang" "Kalau kau tak belajar,nanti besar kau nak jadi apa?" "Kalau tak belajar betul-betul,kau nak kerja apa?" "Tak ada kerja,kau nak makan apa?" Dan banyak lagi "mindset-mindset" lain yang telah di setkan untuk kita.Dari generasi datuk nenek kita sampailah sekarang.Dan entah sampai bila perlu ada"mindset" bergini.. Jika kita lihat,semua setting-setting tadi mempunyai tahap yang terhad.Yakni hanya sekadar sampai kita tua.Dan hanya untuk hidup di dunia sahaja.Dari kecik,sekolah,sampai menengah lepas tu siapa-siapa yang sambung belajar ke ipt,belajar lagi.Selepas itu kerja,sehingga jumpa jodoh,kahwin,lepas tu beranak pinak...